TEMERLOH, 30 Mac-Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) menggerakkan 14,975 koperasi di bawah agensi itu terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran makanan bagi mengurangkan kos import makanan negara.
Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, agensi tersebut dengan hampir 8 juta ahli menjadi rakan kongsi kerajaan bagi menjamin bekalan mencukupi dan stabil harga di pasaran.
Menurutnya lagi, Angkasa secara berterusan meneroka serta mencari peluang untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara.
"ANGKASA bersama-sama koperasi sedia menenruskan usaha membantu kerajaan mengurangkan kos sara hidup disamping memastikan agar koperasi dapat memainkan peranan memastikan mengurangkan beban import yang dijangka meningkat sehingga RM100 Bilion pada tahun 2025", katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Pahang Zon 2 (2023) di Pejabat Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Pahang 2, di sini.
Angkasa turut mempunyai perancangan besar dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem yang didominasi oleh koperasi dalam membantu rakyat mendepani kos sara hidup.
(Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah/FOTO RTM)