fb fb fb fb fb

Sukan SEA Kemboja: Prestasi atlet negara pada tahap terbaik

PORT DICKSON, 15 April- Beberapa atlet negara serta kepimpinan Majlis Sukan Negara (MSN) akan berangkat ke Kemboja selepas Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata ia bagi menjalani latihan awal sebagai persiapan menjelang temasya Sukan SEA Kemboja yang dijadualkan berlangsung Mei depan.

Terdapat juga atlet negara yang tidak dapat menyambut Aidilfitri dan berada di Kemboja untuk menjalani latihan awal.

Prestasi serta motivasi atlet negara kini berada pada tahap terbaik dan mereka teruja untuk menggalas cabaran negara demi memburu pingat dalam temasya tersebut.

"Persiapan sukan itu berada pada tahap terbaik. Kita akan memastikan kontinjen negara berada dalam keadaan bersedia dan paling penting untuk mereka membawa pulang pingat untuk negara," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, kesemua atlet negara telah menjalani latihan yang telah dilaksanakan MSN.


(Tambahnya, kesemua atlet negara telah menjalani latihan
yang telah dilaksana MSN)

Media Baharu