fb fb fb fb fb

Subsidi diesel bersasar: Tangani ketirisan dan tingkat pembangunan ekonomi - Pakar

Ketua Pusat Pengajian Siswazah Arshad Ayub Graduate Business School UiTM, Profesor Madya Dr. Wahida Ahmad

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Subsidi diesel bersasar dapat mengurangkan ketirisan serta meningkatkan pembangunan ekonomi.

Menerusi pelaksanaannya, ia dapat memastikan ketelusan dana yang dialir untuk membangunkan infrastruktur negara pada masa depan.

Ketua Pusat Pengajian Siswazah Arshad Ayub Graduate Business School UiTM, Profesor Madya Dr. Wahida Ahmad berkata penglibatan aktif pemohon subsidi yang layak boleh tingkatkan kesedaran dalam memberi manfaat kepada ekonomi negara.

"Saya juga rasa daripada pihak kerajaan, saya mencadangkan

"Ketika ini, kerajaan sudah menetapkan syarat-syarat dalam menentukan siapa individu yang layak dan tidak layak. Namun, saya rasa langkah ini mungkin bersifat sementara."

"Ia mungkin akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan ekonomi negara pada masa itu," kata Dr. Wahida kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Angkasapuri Kota Media.

Beliau turut menyarankan agar pihak kementerian dan agensi berkaitan dapat merancakkan lagi penyebaran maklumat yang lebih terperinci kepada masyarakat berhubung perkara berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM