fb fb fb fb fb

Suami isteri ditahan disyaki dera anak saudara hingga mati

IPOH, 16 Mei - Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 pagi selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini semalam.

(Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid)

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan cedera akibat didera.

"Pemeriksaan ke atas badan mayat mendapati terdapat beberapa kesan cedera disyaki akibat didera.

"Polis sudah menangkap suami isteri yang juga adalah ibu dan bapa saudara mangsa selain mereka juga adalah penjaga kepada mangsa yang tinggal di Ipoh," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Penahanan kedua-dua suspek berusia 40 tahun itu dilakukan hasil laporan polis yang dibuat semalam.

Mereka akan dibawa ke mahkamah hari ini (Isnin) untuk permohonan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media Baharu