fb fb fb fb fb

Isu pelanggaran prosedur penyembelihan halal: Usaha jejak saksi utama warga Somalia sedang dilaksana

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Susulan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh Thomas Foods International Lobethal Australia, syarikat yang mendapat kelulusan untuk mengeksport daging halal ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, usaha menjejaki saksi utama isu berkenaan sedang giat dilaksana.

Dia merupakan warga Somalia dikenali dengan panggilan Abdullah atau The Hood Man.


(Abdullah atau The Hood Man ketika mengadakan sidang akhbar secara dalam talian pada Rabu)

"Kita sekarang untuk hubungi yang cakap tentang pendedahan itu. Kalau ikut maklumat yang diterima dia merupakan warga somalia," katanya.

Sabtu lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilapor telah menggantung kelulusan diberi kepada syarikat tersebut serta merta hingga hasil siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu diperoleh.

Keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia dan pihak berkuasa Australia.

Pendedahan mengenai kes itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (PEKEMAS) dan Sahabat 99, minggu lalu, berdasarkan bukti video, gambar serta pengakuan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di syarikat tersebut.

Tahun lalu, syarikat penyelidikan Meat & Livestock Australia melaporkan bahawa Malaysia merupakan pasaran eksport kedua terbesar untuk Australia di Asia Tenggara selepas Singapura untuk import daging lembu dan kambing.

Media Baharu