fb fb fb fb fb

Strok haba, tiada kes kecemasan di Melaka

(Foto BERNAMA)

AYER KEROH, 1 Mei- Tiada kes kecemasan melibatkan strok haba direkodkan di sini setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata orang ramai bagaimanapun masih perlu berwaspada dengan keadaan cuaca di negeri itu.

Katanya, aktiviti luar rumah perlu dikurangkan bagi mengelak serangan strok haba.

"Orang ramai perlu memperbanyakkan pengambilan air ketika cuaca panas.

"Langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti memeriksa Indeks Pencemaran Udara (IPU) kawasan sebelum keluar rumah, menjauhi tempat panas dan mempunyai rehat secukupnya," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, kerajaan Melaka meminta semua petugas di klinik kesihatan negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi kes membabitkan strok haba.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu