fb fb fb fb fb

Status halal Malaysia diyakini di peringkat global

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 3 April- Status halal Malaysia terus diyakini di peringkat global berikutan tahap kepatuhan yang amat tinggi daripada pelbagai aspek.

Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM Mohamad Zamri Mohamad Shapik berkata, 98 peratus daripada industri yang mendapat  pensijilan halal mematuhi prosedur dan standard ditetapkan sepanjang tahun 2023.

"Kita melihat dalam analisis tahun 2023 sebanyak 98 peratus daripada pihak industri yang mendapat pensijilan halal mematuhi manual dan standard yang telah kita tetapkan.

"Ini menunjukkan satu tahap kepatuhan yang amat tinggi dan sewajarnya kita perlu yakin  kepada halal MAlaysia dan ini juga menyebabkan halal Malaysia dikagumi di peringkat antarabangsa," katanya dalam majlis Malaysian Halal Engagement Program (MyHEP) 2024 di sini.

Program yang julung kali diadakan itu disertai lebih 300 peserta dan 17 syarikat industri yang pertama kali memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM Dr. Muhammad Yamin Ismail.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI