fb fb fb fb fb

SPRM mohon lucut hak Menara Ilham

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memohon untuk Lucut Hak Tanpa Pendakwaan Menara Ilham pada 25 Mei lepas.

Permohonan itu dibenarkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan diluluskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Susulan itu, pendengaran dan sebutan kes berkenaan di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 ditetapkan pada 6 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi luar negara di Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan bagi pemfailan kes terhadap aset-aset kepunyaan Allayarham Tun Daim Zainuddin, isterinya Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan proksinya.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI