fb fb fb fb fb

SPM: Ujian bertulis bermula 2 Mac ini

PUTRAJAYA, 28 Februari- Ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan bermula pada 2 Mac ini sehingga 29 Mac, melibatkan 407,097 calon.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut dan sebanyak 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara terlibat.

"Calon diingatkan merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung," menurut kenyataan itu.

(Gambar Fail)

Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Bagi calon yang ingin mendapatkan jadual waktu peperiksaan boleh memuat naik dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) di http://lp.moe.gov.my.

Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM serta prosedur operasi standard bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di https://www.moe.gov.my.

Media Baharu