fb fb fb fb fb

SPAN buat persiapan hadapi ketibaan El Nino

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 6 Mei- Pembenihan awan dilaksanakan di Pulau Pinang berikutan dua empangan air di negeri itu menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah.

Meskipun paras air masih melebihi 90%, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama pengendali bekalan air melaksanakan langkah berjaga-jaga melibatkan empangang air di seluruh negara.

Setakat ini, enam empangan air di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dikesan menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah.

"Kita jangkakan tiga negeri itu kemungkinan turun kepada sekitar 70% secara berperingkat. Akhirnya kita jangka akan pergi kepada 62% pada bulan September.

"Ikutkan jangkaan ini, Malaysia akan turut terkesan El Nino iaitu sekitar 57% pada bulan Jun hingga September seterusnya meningkat kepada 60% pada bulan September hingga November. Penyusutan empangan dijangka berlaku serentak dengan keadaan cuaca semasa," kata Pengarah UKK & Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazil Ismail.

Menurutnya, paras air empangan bawah 40%, merupakan tahap kritikal.

Sehubungan itu masyarakat disaran menggunakan air secara berhemat.

"Kita akan mencadangkan percatuan bekalan, sekiranya perlu. Kalau kita nak berterusan dengan kadar yang minimum atau jumlah air yang sedikit mungkin sukar. Mungkin kita boleh jadualkan semula tiga hari ada air, satu hari kita hentikan. Kita akan merujuk kepada pelan operator itu sendiri bagaimana mereka boleh selaraskan perkara ini," tambah beliau.

(Mohd Fazil berkata SPAN buat persiapan hadapi ketibaan El Nino)

Media Baharu