PUTRAJAYA, 4 Februari - Kerajaan tidak bercadang mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat tarawih di masjid dan surau pada bulan Ramadan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.
Katanya SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau juga terpakai bagi solat sunat tarawih.
Jelas beliau, pelaksanaan ibadah masih berjalan mengikut SOP sedia ada sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Antara SOP tersebut; semua ahli jemaah yang hadir hendaklah membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka,"
"Selain itu, pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022 di sini hari ini.
Jelas beliau, pelaksanaan ibadah masih berjalan mengikut SOP sedia ada sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan.