fb fb fb fb fb

Sokongan Keluarga Malaysia penting dalam perjuangan melawan kanser

KUALA LUMPUR, 4 Februari - Sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit kronik itu, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook berkata beliau percaya, ramai dalam kalangan Keluarga Malaysia mempunyai saudara mara atau rakan yang bertarung dengan kanser.

Beliau sendiri mempunyai pegawai yang menghidap kanser.

Perdana Menteri juga mahu Keluarga Malaysia mengamalkan budaya pengesanan awal, kerana ia dapat meningkatkan peluang untuk sembuh daripada Kanser.

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari.

Tema tahun ini ialah "Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser".

 

Media Baharu