fb fb fb fb fb

Sokongan industri kejuruteraan, pacu pelaburan tenaga boleh baharu

Majlis Makan Malam Ulang Tahun Persatuan Industri Faundri dan Kejuruteraan Sarawak yang ke-31 di, Kuching

KUCHING, 4 Oktober - Sarawak memerlukan sokongan daripada pelbagai perkhidmatan termasuk industri kejuruteraan sekali gus membuka peluang baharu kepada tenaga kerja tempatan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan, sokongan daripada sektor perkhidmatan dan teknikal mampu menarik pelabur antarabangsa untuk melabur di Sarawak.

"Kita menerima banyak pelaburan masuk, khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu seperti hidro dan solar.

"Setakat ini, kita sudah mempunyai empat — masing-masing dari China, Jepun, serta dari Asia Barat. Industri baharu ini memerlukan tenaga kerja mahir bagi menyokong keperluan perkhidmatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Persatuan Industri Faundri dan Kejuruteraan Sarawak yang ke-31 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Premier Sarawak turut menyampaikan Anugerah Sumbangan Cemerlang (Outstanding Contribution Award) kepada Pengerusi Persatuan Industri Fondari dan Kejuruteraan Sarawak Datuk Seri Kho Kak Beng, serta beberapa anugerah perkhidmatan kepada ahli-ahli persatuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI