fb fb fb fb fb

Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia bantu penduduk terjejas banjir di Pantai Timur

PUTRAJAYA, 4 Mac - Sukarelawan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia digerakkan bagi mengedar pelbagai keperluan asas kepada 20, 000 penduduk terjejas banjir di Pantai Timur dengan peruntukan khas RM3.77 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, seramai 40 skuad berkenaan akan bergerak ke Kamaman dan Hulu Terengganu di Terengganu sebelum meneruskan misi ke kawasan lain yang terjejas akibat banjir.

"Kita harap bantuan ini dapat kurangkan beban yang ditanggung mereka yang sedang menghadapi ujian dari Allah,” katanya.



(Idris melepaskan konvoi Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Pantai Timur pada Jumaat)

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan berkenaan di sini hari ini.

Pagi tadi di Terengganu seramai 2,846 penduduk terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding semalam iaitu 5,128, manakala di Kelantan 4,715 penduduk terjejas berbanding semalam iaitu seramai 4,809.

Media Baharu