fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan, Terengganu, penduduk terjejas semakin berkurangan

KELANTAN, 4 Mac- Angka penduduk terjejas banjir di dua negeri Pantai Timur menunjukkan trend penurunan apabila 5,543 penduduk terjejas masih ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang berbanding 7,561 pagi tadi.

Di Kelantan, jumlah penduduk terjejas terus berkurangan apabila 3,703 individu daripada 1,153 keluarga masih ditempatkan di PPS di daerah Pasir Mas dan Tumpat setakat 4 petang, berbanding 4,715 orang daripada 1,506 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa.

Sementara itu, situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan ketika ini hanya tinggal satu sahaja daerah masih terjejas.

Terbaharu kesemua PPS di Daerah Dungun telah ditutup sepenuhnya pada pukul 12 tengahari tadi.

Kemaskini sehingga pukul 4 petang hanya PPS di Daerah Hulu Terengganu sahaja yang masih beroperasi menempatkan 1,840 penduduk terjejas di 11 PPS melibatkan 508 keluarga berbanding 1,952 orang pada tengahari tadi.


(Situasi terkini banjir di Terengganu yang semakin pulih)

 

Media Baharu