(Datuk Seri Salahuddin dalam sidang media khas)
PUTRAJAYA, 12 April- Sebanyak 30 jenis barangan ditetapkan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa bermula Sabtu ini hingga 30 April, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Skim itu melibatkan 24 jenis barangan termasuk enam daripada jenis ayam dan telur bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu.
Barangan kawalan dilabel dengan tanda harga berwarna merah jambu yang dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
"Saya berikan nasihat kepada peniaag khususnya dapat bersama berikan kerjasama untuk berikan sedikit kelegaan kepada rakyat yang berbelanja semasa sambut Hari Raya Aidilfitri. Sentiasa patuh peraturan dan ketetapan yang ditentukan pihak KPDN," kata Salahuddin dalam sidang media khas di sini.
Antara barangan yang dikawal bawah SHMMP 2023 ialah daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang), daging lembu import, daging kerbau import dari India, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol, ikan Demudok.
Senarai penuh barang dan harga maksimum boleh disemak menerusi laman sesawang KPDN htpps://www.kpdn.gov.my.
(Datuk Seri Salahuddin berkata Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, bermula Sabtu)
Sementara itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub beri jaminan bekalan barangan mencukupi sepanjang tempoh perlaksanaan skim berkenaan.
"Setakat hari ini dari Jabatan Pertanian dan Vaterina sudah beri jaminan sepanjang sepanjang musim Ramadan menuju sambutan raya Aidilfitri dan hingga Shawal mereka beri jaminan bekalan mencukupi dan saya harap rakyat tidak panik dan tidak lakukan pemblian panik, kata Salahuddin.