fb fb fb fb fb

Pengampunan Najib bergantung sepenuhnya budi bicara YDPA

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 12 April- Kuasa memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terletak sepenuhnya pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, jelas Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Saya rasa dalam perkara ini apa-apa bab pengampunan itu kuasa Yang di-Pertuan Agong bawah Perkara 42 (Perlembagaan Persekutuan).

"Sekarang ini, prosedur perundangan dah tidak ada cuma 'court of compassion' maknanya budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi kita pun tidak boleh paksa-paksa, biarlah Agong buat keputusan kalau baginda nak mengkaji. Kami (UMNO) dah tidak terlibat," kata Azalina kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.Gov.My di sini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Jelasnya Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara.

(Datuk Seri Azalina berkata Pengampunan Najib bergantung sepenuhnya budi bicara YDPA)

Media Baharu