fb fb fb fb fb

Aidilfitri: SIRIM santuni gelandangan, potong rambut percuma

(Tujuh tukang gunting rambut profesional mengambil inisiatif menggunting rambut gelandangan
melalui Program CSR SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat)

KUALA LUMPUR, 12 April- Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad menyantuni 30 gelandangan atau sahabat jalanan dengan perkhidmatan pemotongan rambut secara percuma.

Tujuh tukang gunting rambut profesional mengambil inisiatif menggunting rambut gelandangan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata program itu bertujuan mewujudkan jalinan emosi antara syarikat korporat dengan gelandangan.

Ia merupakan usaha sama SIRIM dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Walter College.

Program CSR itu juga turut dibantu oleh 30 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja SIRIM.

"SIRIM terpanggil untuk sama-sama meraikan sahabat jalanan kerana kita tahu mereka terpinggir dan kita nak bagi satu keriangan baharu, satu motivasi baharu supaya mereka merasa lebih sihat, lebih mesra, lebih riang. Insya-Allah dengan doa kita semasa Ramadan dengan adanya program seperti ini mereka rasa dekat dengan masyarakat," kata Ahmad Sabirin kepada RTM di sini.

(Datuk Indera Dr. Ahmad Sabirin berkata SIRIM santuni gelandangan, potong rambut
percuma)

Media Baharu