fb fb fb fb fb

Situasi banjir kilat di Raub pulih sepenuhnya

(Anggota APM membantu membersihkan kediaman penduduk terjejas banjir)

RAUB, 19 September- Situasi banjir kilat di Pahang melibatkan daerah sini telah pulih sepenuhnya apabila kesemua penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Terdahulu, seramai 26 penduduk daripada enam buah keluarga ditempatkan di PPS Dewan Simpang Kallang, sejak malam tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan, PPS terbabit telah ditutup sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari tadi.
 
"Kerja-kerja pembersihan kediaman penduduk terjejas banjir juga telah selesai dijalankan yang turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Raub serta agensi berkaitan," menurut kenyataan.
 
Banjir kilat yang melanda daerah itu malam tadi dilaporkan berpunca daripada hujan lebat yang berterusan selama dua jam bermula pada pukul 8.40 malam.
 
Sistem perparitan di sekitar bandar terbabit dipercayai tidak dapat menampung air hujan sehingga berlaku limpahan, namun keadaan banjir kilat telah surut selepas hujan mulai reda sekitar pukul 10.00 malam.

(PPS Dewan Simpang Kallang tutup sepenuhnya tengah hari tadi)

Media Baharu