fb fb fb fb fb

Siti Zaharah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat meninggal dunia

Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman/ Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada pukul 11.23 malam tadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Allahyarham merupakan bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.

"Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman baru sahaja dijemput menemui penciptanya (11:23pm). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

"Banyak Arwah titipkan nasihat dan pesanan kepada saya selama ini. Pastinya akan saya simpan kemas dalam hati sebagai azimat dan panduan," kata Shahaniza menerusi hantaran itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI