fb fb fb fb fb

Pembinaan rumah pam air beri manfaat kepada lebih 500 pengguna

Foto SADA

POKOK SENA, 27 Julai- Pembinaan sebuah rumah pam air baharu di beberapa kawasan di sini akan mengatasi masalah gangguan bekalan air dan tekanan air rendah penduduk sekitar.

Ia akan memberi manfaat kepada lebih 500 akaun pengguna di kawasan Telaga Mas, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Lengkuas, Kampung Belukar dan Bukit Teriak.

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dalam satu kenyataan berkata, kawasan berkenaan menghadapi masalah tekanan air rendah atas faktor bentuk muka bumi yang tinggi.

"Projek (pembinaan Rumah Pam Telaga Mas) ini mula dilaksanakan pada bulan Julai 2024 dan dijangka mengambil masa selama satu bulan untuk disiapkan," katanya.

Bagaimanapun menerusi pembinaan projek itu, SADA berharap bekalan air terawat dapat disalurkan dengan konsisten dan berkualiti kepada penduduk di kawasan sekitar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI