fb fb fb fb fb

Perkukuh sistem CIQ BSI, elak gangguan berulang

Menteri Besar Johor mahu tindakan segera diambil bagi memastikan gangguan sistem di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar tidak berulang. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 20 Julai - Tindakan segera perlu diambil bagi memastikan gangguan sistem di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru tidak berulang.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, sistem pengoperasian di pintu masuk utama negara itu perlu cekap, stabil dan beroperasi secara konsisten pada tahap maksimum setiap masa.

“Penambahbaikan yang ada ketika ini masih belum mencukupi. Gangguan sistem yang berlarutan lebih 24 jam bukan sahaja menyukarkan urusan pengguna, malah menjejaskan imej negara,” tegasnya selepas mengadakan lawatan mengejut ke CIQ BSI susulan gangguan sistem yang berlaku baru-baru ini.

Beliau turut menggesa agar pihak berkaitan mempercepatkan usaha menaik taraf sistem dan infrastruktur di kompleks berkenaan bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN