fb fb fb fb fb

Sifat keprihatinan sukarelawan UKM dipuji

KUALA PILAH, 19 Mei - Seramai 80 sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai Misi Bantuan Banjir di Johol untuk membantu penduduk terjejas banjir di kawasan berkenaan.

Misi bantuan banjir itu adalah program usahasama yang pertama antara UKM dengan Yayasan Undang Johol.

Undang Luak Johol, Datuk Haji Muhammad Haji Abdullah berkata sifat sukarelawan kumpulan pelajar itu seharusnya dicontohi kerana prihatin kepada nasib yang menimpa masyarakat di Johol yang terjejas banjir.

"Ini adalah sebagai satu contoh yang baik, kita anggap pelajar yang cerdik pandai ini bukan sahaja ilmu, tetapi kita juga sifatkan kepimpinan merekalah yang mewarisi negara pada masa hadapan. Kita mahu pelajar itu bersifat prihatin, apabila tengok orang susah dalam jiwa, dia ada sifat mahu menolong," kata Muhammad di sini.

Sementara itu, pihak UKM melihat usahasama itu dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah diri para pelajar.

(Muhammad bercakap kepada media)

"Untuk pelajar apabila dapat menyantuni masyarakat di Johol, menghrapkan mereka dapat terapkan elemen jati diri prihatin. Melihat kesusahan orang lain dan inilah yang akan mereka bawa nanti dalam kerja sukarelawan selepas ini," kata Ketua Pentadbiran Pusat Tranformasi Komuniti UKM, Mohamed Idrus.

"Kami rasa teruja. Ini kira bantuan kedua banjir selepas Selangor. Semoga semuanya dipermudahkan," Wakil Kelab Sukarelawan Siswa UKMĀ , Nur Nabihah Mohamad Supandi.

"Saya rasa amat berbangga dan syukur kerana kita dapat terapkan ilmu insaniah, memahami komuniti lebih lebih lagi. Dalam keadaan bencana ini juga saya sebagai seorang mahasiswa, tugas kami, perlu kami turun, bantu apa yang sepatutnya bagi ringankan beban," Presiden Kebangsana Mahsiswa Negeri Sembilan, Mohd Asyraf Danial Jefri.

"Sangat bangga dapat turut serta misi bantuan banjir anak Johol ini. Saya merupakan anak Johol, jadi saya rasa bersyukur berkesempatan hadir dalam misi banjir ini," Pelajar, Nurhafizah Zulkepli.

Media Baharu