fb fb fb fb fb

2 pelatih Puspen ditemui lemas

RAUB, 19 Mei - Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan di sini ditemui lemas ketika mandi di tasik pusat tersebut petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang telah menerima panggilan kes kecemasan berhubung kejadian lemas dari MERS999 pada pukul 3.04 petang.

Susulan itu sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Raub dengan kekuatan tujuh anggota serta pegawai di kejarkan ke tempat kejadian.


(FOTO BOMBA)

Pasukan Bomba telah melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan menggunakan teknik 'surface searching' dan menggunakan peralatan 'grappling iron'.

Mangsa pertama Sha’ari Sabri 43 tahun telah ditemui pada pukul 4 petang di kedalaman 10 meter tasik tersebut.

Manakala, mangsa kedua iaitu Asrul Abdullah 37 tahun, ditemui pada pukul 4.04 petang di kedalaman 8 meter.

Mayat mangsa kemudian dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu