fb fb fb fb fb

Siap Disember 2022, jejambat bulatan Wakaf Bharu jamin kesejahteraan masyarakat setempat

KOTA BHARU, 12 Ogos - Projek pembinaan jejambat di Bulatan Wakaf Bharu dijadual siap sepenuhnya Disember tahun ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek yang bermula pada Februari 2018 itu kini telah mencapai status 89.38 peratus, lebih awal dari tempoh jangkaan.

(Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melakukan tinjauan perkembangan terkini
projek pembinaan jejambat bulatan Wakaf Bharu di Kota Bharu)

"Anggaran kos keseluruhan projek adalah RM105.5 juta. Ia bakal memberi manfaat penduduk setempat dengan laluan yang selesa dan trafik akan lebih lancar dari arah Kota Bharu ke Pengkalan Kubor serta menjadi pemangkin ekonomi masyarakat," katanya selepas melakukan tinjauan perkembangan terkini projek tersebut, di sini.

Projek Membina Jejambat dari arah Kota Bharu merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor, Kelantan itu melibatkan kerja menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 1.56 kilometer (km) bermula di KM4.25 dari jalan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor (FT134) dan berakhir di KM6.06.

Media Baharu