(Wanita warga asing ditahan jalankan perkhidmatan persundalan di sebuah pusat hiburan
di Jalan Penang, Georgetown pada Selasa)
GEORGETOWN, 8 Februari- Kegiatan segelintir warga asing di sini yang menjalankan pekerjaan tidak senonoh sebagai pelacur berjaya dihidu pihak imigresen.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin berkata, kegiatan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan di Jalan Penang itu dikesan pihaknya menerusi satu operasi pada pukul 11.30 malam tadi.
Sekurang-kurangnya 15 tangkapan dibuat melibatkan wanita warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Suspek dilapor menawarkan perkhidmatan persundalan kepada pelanggan di pusat hiburan terbabit pada waktu malam, manakala bekerja di sebuah syarikat pembersihan pada siang hari.
Kesemua mereka dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
(Anggota Jabatan Imigresen Pulau Pinang melakukan serbuan ke atas sebuah
pusat hiburan di Jalan Penang, Georgetown pada Selasa)