fb fb fb fb fb

Seramai 272,500 kanak-kanak layak sertai program PICKids di Sarawak

KUCHING, 3 Februari - Seramai 30 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di Kuching menjadi kumpulan pertama menerima vaksin jenis Pfizer BioNTech menerusi program PICKids di Sarawak.

Majlis pelancarannya berlangsung di Hospital Umum Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata seramai 272,500 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun layak untuk menyertai program imunisasi tersebut.

Katanya, programĀ itu dilaksanakan di bawah pengawasan Pakar Perubatan Kanak-kanak atau Pakar Perubatan Keluarga.

"Menerusi tinjauan awam, 59.7 peratus daripada 40,000 responden sangat bersetuju berkaitan dengan perluasan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak," katanya di sini.

Media Baharu