fb fb fb fb fb

Enam mangsa insiden bot bertembung dibenarkan pulang



KUALA TERENGGANU, 3 Februari-
Enam mangsa insiden pelanggaran bot di muara Sungai Besut yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu telah dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, empat mangsa telah dibenarkan pulang sejak semalam manakala dua lagi pada hari ini.

Seorang mangsa berusia 70 tahun yang masih dirawat di hospital sama berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa.

Isnin lalu, sebuah bot pelancong dari Pulau Perhentian yang membawa 29 penumpang dilaporkan bertembung dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut berhampiran jeti pelancongan Kuala Besut.

Susulan kejadian itu, tujuh penumpang bot pelancong yang terdiri daripada dua dewasa dan lima kanak-kanak berusia antara empat hingga 70 tahun dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Media Baharu