fb fb fb fb fb

Langkah intervensi kawal harga barang bantu golongan pendapatan rendah

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan sebagai langkah intervensi mengawal peningkatan harga barang agar tidak membebankan khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ini temasuk Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dan Dasar Sekuriti Makanan Negara.

Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Dr. Jorah Ramlan berpandangan usaha mengawal harga barang bukan hanya terletak kepada kerajaan semata-mata.

Komuniti perniagaan juga disaran untuk tidak menaikkan harga barang keperluan pengguna sewenang-wenangnya di sebalik peningkatan kos dalam rantaian bekalan.

"Malaysia telah memperkenalkan beberapa akta berkaitan kawalan harga dan pendapatan perniagaan, semua ini untuk memastikan kestabilan ekonomi, masyarakat dan negara.

"Peningkatan kadar inflasi sememangnya satu masalah ekonomi tetapi ia bukan sesuatu yang baru dan penyelesaian paling mudah adalah memastikan kerajaan dan komuniti peniaga bekerjasama," katanya.

Tambahnya, Malaysia mencatat kenaikan kadar inflasi sebanyak 3.2 peratus pada Disember tahun lalu.

Media Baharu