fb fb fb fb fb

Seragamkan RUU Larangan Lompat Parti di setiap negeri


KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan kepada semua kerajaan negeri untuk meminda perlembagaan negeri masing-masing selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan yang melarang Ahli Parlimen bertukar parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata demikian ketika menggulung perbahasan.

"Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa selepas meluluskan RUU ini untuk menghantar surat kepada semua negeri seperti yang dibangkitkan oleh senator untuk menyeragamkan pindaan di semua negeri.

"Ini termasuk negeri-negeri yang telah membuat pindaan atau belum membuat pindaan untuk mengikut jadual seperti yang dinyatakan dalam pindaan Perlembagaan seperti apa yang dilakukan di peringkat persekutuan," katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Negara di sini hari ini.

RUU ini akan diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta dijangka berkuat kuasa sebelum pertengahan September depan.

(RUU Larangan Tukar Parti dijangka dikuat kuasa pertengahan September kata Wan Junaidi pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini/FOTO BERNAMA)

Sebelum ini, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Dalam Jawatankuasa telah dibahaskan selama dua hari bermula pada 27 Julai 2022 dan 28 Julai 2022 serta diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 dengan sokongan majoriti undian sebanyak 209 manakala 11 Ahli Dewan Rakyat tidak hadir.

 

Media Baharu