fb fb fb fb fb

Sentuhan MADANI Felda Raja Alias meriah, barangan asas diedar percuma

Datuk Seri Ahmad Maslan mengagihkan barangan asas secara percuma pada Program Sentuhan MADANI Felda Wilayah Raja Alias

JEMPOL, 27 September - Lebih 500 penduduk hadir memeriahkan Program Sentuhan MADANI Felda Wilayah Raja Alias yang berlangsung pagi tadi.

Dalam program itu, pelbagai barangan keperluan asas diagihkan secara percuma kepada pengunjung, termasuk ayam, telur, minyak masak dan beras lima kilogram.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang turut hadir mengambil kesempatan meninjau keperluan pembaikan infrastruktur di kawasan tersebut.

"Prasarana kemudahan seperti lampu jalan dan pembesaran jalan yang disebut oleh dua pemimpin, saya akan terus pantau.

"Permohonan mereka saya akan ambil tindakan bersama pegawai khas saya, Datuk Hairudin dan Dr Zul, bagi memastikan apa yang dipohon dapat direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE