fb fb fb fb fb

KL Retro Fest, hidupkan kembali budaya, warisan dan gaya hidup klasik

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 September - Budaya, warisan dan gaya hidup klasik kembali dihidupkan menerusi 'KL Retro Fest' anjuran Jabatan Muzium Malaysia melalui Muzium Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, festival ini bukan sekadar sebuah acara hiburan, sebaliknya platform untuk mengangkat budaya dan warisan seni yang pernah mewarnai kehidupan masyarakat dahulu.

Antara pengisian festival termasuklah persembahan tarian retro, gimik pelancaran piring hitam dan jualan vendor yang menampilkan barangan koleksi klasik.

Aktiviti interaktif turut disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman sebenar dan gaya hidup masyarakat terdahulu.
"Dengan komitmen yang ditunjukkan dapat menghidupkan suasana retro pada hari ini.

"Saya lihat sebahagian besar pengunjung pada hari ini tidak termasuk dalam kategori retro kerana kalau kita tengok retro ini tahun 70-an, 80-an dan cecah awal 90-an, dan ia membezakan dari zaman pop yeh-yeh 1990-an", katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program KL Retro Fest di sini, hari ini.

Beliau turut berpandangan selain meraikan nostalgia, penganjurannya turut memberi impak positif kepada ekonomi dengan membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, penggiat seni dan komuniti kreatif untuk memperkenalkan produk serta idea mereka.

Pada masa sama, mengukuhkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya moden yang kaya dengan nilai seni dan warisan.

Di sini, saya percaya sebahagian besar lahir selepas 90-an, tetapi retro ini satu zaman yang kita katakan tema vintaj dan retro nostalgia dan pada tahun 70-an merupakan tahun kemuncak," katanya.

Trainee