fb fb fb fb fb

Semua sungai di Pahang perlu ada zon penampan

Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah

KUANTAN, 14 Jun - Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar semua sungai di negerinya perlu mempunyai zon penampan bagi menjaga ekosistem semula jadi itu.

Langkah itu secara tidak langsung dapat mengawal lokasi yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada kerosakan seperti pembinaan kawasan industri, yang mencemarkan sungai.

Titah baginda, pelaksanaan penguatkuasaan perlu dilakukan untuk terus menjaga dan mengekalkan kualiti air sungai daripada tercemar.

"Setiap sungai mesti ada tawarkan untuk tidak ada industri-industri tidak dapat dibina di sepanjang tepi sungai di negeri Pahang ini, saya harap ini dapat dilaksanakan penguatkuasaan ditingkatkan supaya kita dapat mengawal kualiti air di sungai pahang ini. Insya-Allah," titah Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitiah demikian pada sesi Taklimat Status Pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenau, di Sungai Lembing, di sini.

Dalam pada itu baginda juga mahu semua sungai di negeri itu diselenggara dengan baik bagi memberi kesejahteraan kepada rakyat yang menjadi nadi sumber rezeki kepada penduduk.

Baginda turut berharap semua projek tebatan banjir di negeri tersebut perlu disiapkan mengikut masa dan jadual yang ditetapkan, bagi mengurangkan risiko berlakunya banjir.

TETITIA YUSOFF