fb fb fb fb fb

Semua rakyat Malaysia di Jambori Pengakap Sedunia, Korea Selatan selamat- Wisma Putra

(FOTO AFP)

PUTRAJAYA, 7 Ogos -Kesemua rakyat Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Sedunia di Korea Selatan, berada dalam keadaan selamat.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan pagi ini memaklumkan, setakat ini, kesemua 499 ahli kontinjen Malaysia yang terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan yang menyertai 25th World Scout Jamboree dari 1 hingga 12 Ogos 2023 berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum, Republik Korea.

"Menurut laporan awal, empat orang daripada kontinjen Malaysia telah mengalami masalah kesihatan seperti pening kepala, demam serta ruam. Kesemua mereka dilaporkan telah mendapat rawatan yang sewajarnya.

"Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus berhubung rapat dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur untuk mendapatkan perkembangan semasa berhubung perkara tersebut,"menurut kenyataan tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Seoul beralamat 129, Dokseodang-ro (Hannam-dong) Yongsan-gu Seoul 04419 atau menerusi talian telefon :+822 2077-8600 dan e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Sebarang perkembangan terkini berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,"tambah kenyataan tersebut.

Kira-kira 43,000 pengakap muda dari 158 negara menyertai acara itu.

Terdahulu, peserta warga Singapura, Amerika Syarikat dan Britain dilaporkan menarik diri daripada menyertai acara berkenaan, disebabkan oleh cuaca membahang yang melanda negara itu.

Gelombang haba menyebabkan beratus-ratus pengakap jatuh sakit, sekali gus memaksa Seoul untuk mengerahkan doktor tentera, menawarkan bas berhawa dingin dan berikrar akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan acara berkenaan.


(FOTO AFP)

Media Baharu