KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berharap perayaan itu membawa sinar kegembiraan dan keharmonian buat seluruh keluarga yang menyambutnya.
"Kepada sahabat dan kenalan yang meraikannya, Selamat Hari Deepavali, Semoga setiap pelita yang dinyalakan membawa sinar kegembiraan, kasih sayang, dan kediaman dalam hidup anda sekeluarga," katanya.
Tambah beliau, setiap pelita yang dinyalakan bersempena perayaan cahaya itu diharapkan dapat menerangi kehidupan dengan kebahagiaan, kasih sayang dan kedamaian.
Ucapan ringkas itu turut mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.