fb fb fb fb fb

Semangat perpaduan, semua lapisan masyarakat mempunyai peranan masing-masing

SIBU, 6 Januari- Setiap lapisan masyarakat berperanan mengekalkan semangat perpaduan terus mekar di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata titik kebersamaan perlu dikekalkan bagi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di negara ini menerusi kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Saya harap dengan wujudnya kerajaan perpaduan ini kita akan dapat memainkan peranan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.

"Dan saya mengharapkan setiap kita pemimpin masyarakat, pertubuhan dapat bersama sama memainkan peranan ini dan kita buangkan segala yang negatif berada di alam sosial atau dalam masyarakat kita yang ingin memecah-belahkan.

"Kita sama sama menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan kita," katanya.

(Datuk Seri Fadillah Yusof)

Beliau berucap pada majlis bersama Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat Sibu di Dewan Lakis, di sini.

Ujarnya lagi, budaya memecah-belah perpaduan harus ditolak agar agenda pembangunan sosial dan ekonomi negara dapat dijayakan.

Media Baharu