fb fb fb fb fb

Seluruh masjid, surau di Melaka diseru baca doa Qunut Nazilah bermula esok

Foto hiasan

MELAKA, 2 Oktober - Seluruh masjid dan surau di Melaka diseru untuk melaksana bacaan Doa Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat Jumaat dan solat fardhu bermula 3 Oktober.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata ia bagi memohon keselamatan, perlindungan dan pembebasan kepada para sukarelawan pasukan Sumud Flotilla khususnya rakyat Malaysia serta mendoakan kesejahteraan untuk rakyat Palestin.

Beliau turut mengajak seluruh umat Islam bersama berdoa agar misi kemanusiaan itu dipermudahkan.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut mengecam tindakan rejim zionis Israel yang menyekat konvoi Global Sumud Flotilla yang dalam perjalanan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau dalam kenyataannya menyeru kerajaan persekutuan untuk memastikan keselamatan warganegara Malaysia yang terlibat, selain mencadangkan desakan diplomatik memohon jaminan keselamatan menggunakan saluran antarabangsa untuk akses kemanusiaan.

Datuk Seri Ab Rauf turut mengajak seluruh rakyat Melaka untuk bersama berdoa agar semua sukarelawan terlibat dilindungi dan diberi keselamatan.

ROSLINA BINTI DIN