fb fb fb fb fb

Selangor sasar nilai pelaburan RM50 bilion tahun ini

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari semasa di majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Shah Alam

SHAH ALAM, 15 Januari- Selangor menyasarkan nilai pelaburan lebih tinggi sebanyak RM50 bilion pada tahun ini, berbanding lebih RM45 bilion, tahun lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran itu boleh dicapai berikutan pertumbuhan ekonomi yang semakin baik. 

"Kalau memang kita telah letakkan nilai yang agak tinggi sedikit hingga ke RM50 bilion dan inshaa-Allah kita boleh capai, tahun lepas keseluruhan lebih RM45 bilion. Pertambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita boleh meningkat minimum dalam lima hingga enam peratus, jadi lima enam peratus itu dapat disasarkan minimum.

“Jika kita dapat meningkatkan 0.4 peratus hingga 0.5 peratus daripada apa yang kita sumbangkan sekarang, maknanya daripada lebih 25 peratus mungkin kepada sehingga 26 peratus sumbangan KDNK negara pada tahun ini", katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampai Amanat Tahun Baharu 2024 di Shah Alam, Selangor.

ROSLINA BINTI DIN