fb fb fb fb fb

Selangor salur bantuan penduduk terjejas banjir di Sabah

SHAH ALAM, 19 September - Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Sabah, sebaik operasi mencari dan menyelamat (SAR) selesai dilaksanakan pihak berkuasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketika ini keutamaan diberikan kepada pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan operasi SAR di kawasan terjejas.

“Kita sedang tunggu operasi SAR diselesaikan dahulu. Selepas itu, kerajaan negeri akan bantu dengan sokongan yang termampu, termasuk penghantaran sukarelawan serta keperluan logistik asas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bantuan akan disalurkan melalui Tabung Selangor Bangkit, yang bukan sahaja digunakan untuk kebajikan di Selangor, malah disalurkan ke kawasan lain yang ditimpa bencana termasuk di peringkat antarabangsa.

TUN JULIA MOHD TAHIR