fb fb fb fb fb

Selangor rangka hala tuju baharu, mantapkan ekosistem pendidikan

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 14 Februari- Kerajaan Selangor merangka hala tuju baharu bagi memantapkan ekosistem pendidikan di negeri ini selaras dengan Rancangan Selangor Pertama.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata penyusunan semula penting supaya pengurusan sektor berkenaan lebih cekap, berdaya saing dan berkesan.

"Dalam rangka ini kita hendak menyusan dan memastikan program yang ditawarkan ataupun program pendidikan kita tawarkan kepada rakyat di Selangor dengan sokongan yang diberikan kerajaan negeri benar-benar bermanfaat dan sampai hala tuju ditetapkan,"katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Amirudin, usaha itu juga mampu menangani isu rakyat seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan perniagaan selain memenuhi keperluan negeri serta negara pada masa depan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu