fb fb fb fb fb

Selangor peruntuk RM6 juta, sumbangan ibadah korban Aidiladha

(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari)

SHAH ALAM, 3 Jun- Sebanyak RM6 juta diperuntuk Kerajaan Negeri Selangor menerusi sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Peruntukan tersebut meningkat berbanding tahun lalu sebanyak RM5 juta disebabkan faktor pertambahan jumlah haiwan disumbangkan selain peningkatan harga lembu dan kambing tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 300 masjid dan surau terpilih menerima sumbangan ibadah korban yang melibatkan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing untuk ibadah korban pada akhir bulan ini.


(Sebanyak RM6 juta diperuntuk Kerajaan Negeri Selangor menerusi
sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini)

"Insya-Allah program ini akan berjalan dengan baik dan kita pun telah laksanakan tiap-tiap tahun dan setiap tahun ada pengalaman baru dan kali ini mungkin kita telah belajar tahun sebelum ini dan kita harap ia dapat memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat", katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program Sumbangan Korban Negeri Selangor(PSKNS) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Media Baharu