MANJUNG, 3 Jun- Pasar awam berusia lebih 50 tahun akan diberi keutamaan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dilaksanakan pembangunan semula.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata komitmen itu selepas mengambil kira faktor keselamatan dan keselesaan kepada pengguna dan peniaga.
Katanya, kebanyakan pasar yang ada di negara ini berada dalam keadaan usang yang perlu dilaksanakan kerja-kerja baik pulih atau pembinaan semula.
"Mana-mana pasar yang berusia 50 tahun ke atas kita akan berikan keutamaan kerana setiap bangunan memang ada jangka hayat. Kami akan memberikan pertimbangan sewajarnya," katanya kepada pemberita ketika program turun padang ke Ayer Tawar di sini.
Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.48 juta untuk menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di sekitar kawasan itu.
Ini termasuk RM3.5 juta untuk kerja meruntuh dan membina semula Pasar Awam Ayer Tawar yang beroperasi sejak 1973.
(Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5.48 juta untuk menaik
taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di sekitar kawasan itu)