fb fb fb fb fb

DUN Selangor bubar secara automatik 25 Jun

(Foto facebook Amirudin Shari)

SHAH ALAM, 3 Jun- Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bubar secara automatik pada 25 Jun ini sekiranya tiada sebarang pengumuman pembubaran dibuat.

Perkata tersebut dimaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.


(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari)

"Kita tidak ada masa yang lama sampai 25 Jun, itu maksimum. Jadi kalau sampai 25 Jun maksimum, maknanya kita hanya boleh tangguh selama 23 hari sahaja. Ini bermakna 23 hari dari sekarang DUN akan bubar. Saya tidak boleh umumkan", katanya kepada media dalam Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang mengosongkan pejabat adalah perkara biasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ia membolehkan tumpuan diberikan terhadap PRN selepas pembubaran DUN yang akan dibuat pada bila bila masa.

Media Baharu