fb fb fb fb fb

1,878 Komuniti MADANI akan ditubuh di seluruh negara

TASEK GELUGOR, 3 Jun- Sebanyak 1,878 Komuniti MADANI akan ditubuhkan di seluruh negara.

Ia akan bertindak sebagai badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyalurkan maklumat, inisiatif serta dasar kerajaan kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata ia akan membantu penyampaian maklumat yang tepat dan sahih.

"Ia turut menjadi platform bagi menjawab sebarang isu, fitnah atau maklumat palsu dengan kadar segera.

"Menerusinya juga, isu rakyat di peringkat akar umbi dapat dikenal pasti.

"Dan fungsi dan tugas antara lain adalah membantu program-program kenegaraaan serta memberi penerangan kepada komuniti tentang dasar kerajaan. Mungkin mengenal pasti isu-isu dialami rakyat di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita di sini.

Di Pulau Pinang, sebanyak 120 Komuniti MADANI membabitkan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditubuhkan.

Badan itu akan ditadbir urus Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN).


(Ia turut menjadi platform bagi menjawab sebarang isu, fitnah atau
maklumat palsu dengan kadar segera)

Media Baharu