fb fb fb fb fb

KKM teliti isu kekurangan jururawat, doktor

MACHANG, 3 Jun- Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengenal pasti dan melihat keperluan penempatan doktor di hospital di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya kini sedang meneliti isu berkenaan mengikut kapasiti hospital.

"Sebagaimana berlaku di Johor, KKM memandang serius mengenai perkara itu dan KKM sudah mengarahkan pegawai bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Pihaknya akan mengambil tindakan secepat mungkin mengenai hal yang berkaitan dengan kekurangan doktor dan jururawat di setiap hospital di seluruh negara.

"Mungkin keadaan yang dilihat dan dilaporkan sebenarnya bukan hakiki mengenai kekurangan doktor dan jururawat di hospital, sebaliknya ia adalah mengenai institusi petugas termasuk doktor serta jururawat," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Zaliha berkata pihaknya bersetuju melanjutkan lagi tempoh kontrak selama setahun kepada Penolong Pegawai Perubatan yang sudah tamat kontrak.

Katanya, jika ada kekosongan mereka ke perjawatan tetap, namun untuk sementara waktu KKM mengambil langkah untuk melanjutkan dahulu kontrak.


(Pihaknya akan mengambil tindakan secepat mungkin mengenai hal yang
berkaitan dengan kekurangan doktor dan jururawat di setiap
hospital di seluruh negara)

Media Baharu