fb fb fb fb fb

Selangor pertimbang tawar Rumah Selangorku kepada penduduk Kg. Koskan Tambahan

(Foto hiasan)

HULU SELANGOR, 30 April- Rumah Selangorku bakal ditawarkan kepada penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah di Batang Kali apabila mereka diarah mengosongkan kawasan terbabit, Sabtu lalu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri prihatin dengan nasib dialami penduduk yang tinggal berhampiran rizab sungai di kawasan berkenaan.


(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)

"Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat tanah dan daerah, saya perlu meneliti semula sebab ada sebahagian daripada penghuni di kampung tersebut telah bersedia menerima tawaran gred duti yang telah ditawarkan oleh pihak pemaju dan dalam masa sama ada yang tidak mahu dan yang tidak mahu ini kita akan tawarkan Rumah Selangorku", katanya.

Tambah Amirudin, kerajaan Negeri juga bersedia menjadi perantara kepada penduduk dan wakil syarikat supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Padang Taman Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor, malam tadi.

Pada majlis itu, seramai 10,000 pengunjung hadir memeriahkan rumah terbuka dan sebanyak 30 gerai menghidangkan aneka juadah raya antaranya sate, lemang dan nasi impit.

Artis jemputan, Jay Jay dan Iman Troye turut menghiburkan pengunjung.

Media Baharu