fb fb fb fb fb

Selangor negeri pertama siri Jelajah MADANI - Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 3 Januari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melakukan program Jelajah MADANI bagi peringkat negeri dimulakan akan di Selangor.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu susulan kejayaan daripada program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lepas.

"Tarikh pertama akan ditentukan dalam masa terdekat. Ia akan dimaklumkan dalam jemaah menteri tadi bahawa negeri pertama yang akan menjadi hos bagi jelajah ini ialah negeri Selangor," katanya dalam sidang media khas Kementerian Komunikasi di sini.

Pada 10 Disember lepas, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata penganjuran jelajah itu akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI