fb fb fb fb fb

Selangor kenal pasti kuarters penjawat awam untuk dibangunkan semula

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari / BERNAMA

SHAH ALAM, 30 November- Kerajaan Selangor akan bangunkan semula kuarters penjawat awam persekutuan yang dibina menerusi kaedah lama di negeri itu. 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan projek  pembangunan semula berkenaan antaranya melibatkan kerjasama dengan pihak swasta dan pembangunan bertingkat. 

Pihaknya telah mengenal pasti beberapa tanah untuk pembangunan semula, antaranya di Seksyen 8 Shah Alam dan beberapa lokasi di daerah lain. 

Selain itu, pihaknya juga merancang untuk menambah kaurters  berikutan jumlah kakitangan awam yang ramai di Selangor.

"Kalau tidak sempat untuk laksanakan (proses pembangunan semula) tahun ini. Kita akan selaraskan ketika belanjawan (negeri) untuk tahun depan.

"Jumlah penjawat awam ramai, jadi kita perlu menambah lagi kuarters dan sebahagiannya kita perlu bina 'high rise' ataupun bangunan tinggi yang ada kelengkapan kemudahan yang baik,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikam majlis perhimpuan Penjawat Awam Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE