fb fb fb fb fb

Remaja 17 tahun mati lemas jatuh sungai

FOTO JBPM

TANAH MERAH, 30 November- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam anak sungai ketika memancing di Tanah Merah, Kelantan tengah hari tadi.

Menurut Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Kanan Bomba 2, A. Kamal Hakim, pihaknya menerima laporan kejadian mangsa hilang di Sungai Kg Bukit Gading, pada pukul 12.19 tengah hari.

Sejurus kemudian, beliau bersama tujuh anggota dari balai berkenaan  bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa, Muhammad Shahrizal Azuha, 17 tahun telahpun di bawa naik ke darat oleh rakan-rakannya selepas menyedari mangsa lemas.

"Menurut rakannya, mangsa sebelum itu telah turun ke anak sungai untuk menarik mata kail yang tersangkut ke tebing.

"Selepas berjaya naik, mangsa dipercayai terjatuh dan lemas sebelum rakan-rakanya terjun untuk menyelamatkan remaja terbabit,"katanya.

Jelas A. Kamal Hakim, remaja itu kemudiannya disahkan meninggal dunia dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE