fb fb fb fb fb

'Selamat Hari Deepavali' - Fahmi Fadzil

Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 12 November- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali' kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya.

Menerusi catatan di facebook, beliau berharap agar semua penganut Hindu di negara ini dapat menyambut perayaan itu dengan meriah bersama keluarga tersayang.

Perayaan Pesta Cahaya itu disambut selama tiga hari bermula hari ini sehingga Selasa berikutan pengumuman cuti tanpa rekod yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Ia merupakan tambahan kepada cuti umum Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.

ROSLINA BINTI DIN